Thursday, October 14, 2010

Punca Akal Rosak (Part 1)


    Assalamualaikum, Dalam post ni saye nk terangkan faktor2 akal rosak, Saye belajar ilmu ini dari buku yang dikarang oleh Dato' Siti nor Bahyah yang dihadiahkan oleh Ibu saye.... Jadi ... Dalam post ni saye nak share sikit2 bende yang saya rase penting untuk manusia....
Anak ialah satu anugerah yang tidak dapat diganti..Semestinya ALLAH SWT sentiasa memberi dugaan kepada Hambanya, Tapi bagi saye , Salah satu dugaan yang saye paling takut terjadi kepada saye adalah kecacatan akal kepada anak saye suatu mase nanti... Semestinya semua lelaki di dunia mahukan anak .. Kan??

Antara punca kerosakan akal adalah:

KETURUNAN

+ Pertalian Darah, Seperti berkahwin dengan saudara yang hampir seperti sepupu
+ Ibu Bapa atau Datuk Nenek yang lemah akal, Ini mungkin akan melahirkan keturunan yang lemah akal juga

KESUKARAN BAYI APABILA DILAHIRKAN

+ Kesukaran mengeluarkan Bayi akan menyebabkan darah keluar dari Otak, untuk mengelak Si Ibu harus mendapat pandangan dan rawatan pakar perubatan dari awal mengandung
+ Rawatan bersalin yang tidak profesional
+ Bersalin di rumah dengan menggunakan Bidan Kampung yang tidak terlatih

KEMALANGAN

+ Hentakan pada kepala ketika terjatuh mengakibatkan otak lemah
+ Kecederaan kepala kerana tidak memakai topi keledar ketika kemalangan jalanraya

DERAAN

+ Kena pukulan yang kuat pada bahagian kepala menggunakan tangan atau benda tumpul
+ Menghantukkan Kepala anak ke Dinding atau bende2 laen
(Saya menyarankan Guru2 di Sekolah Supaya jangan Memukul kepala pelajar di kepala kerana ia bukan mencerdikkan lagi Otak Tapi Membodohkan lagi pelajar)

MAKANAN

INGAT!!! Makanan, Bau dan semua sistem deria boleh meransang Otak, So, Jika sistem deria diransang oleh benda yang baek, Maka baeklah Otak Kite...

PETUA MENJAGA MINDA MELALUI PEMAKANAN

  1.  Jangan makan makanan atau buah2 yang masam atau yang mengandungi kandungan asid yang tinggi, ini kerana jika kita makan makanan yang masa secara berlebihan, Kita akan mudah terkena penyakit Lupa...
  2. Memakan Bawang Besar juga boleh menyebabkan penyakit lupa
  3. Ketagihan Candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan otak
  4.  Makan terlalu banyak dan menyebabkan kekenyangan boleh menggelapkan Otak
  5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, limpa, dan lain2 boleh menyebabkan lupa
  6. Memakan Makanan yang dijual di pasar atau di pinggir jalanraya yang sibuk atau kotor boleh mempengaruhi perkembangan otak. Sabda Nabi:" Makan di pasar (termasuk satu kerendahan"
  7. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti MSG dan pengawet tidak baek untuk Otak
  8. Minuman bergas tidak baek untuk kesihatan
  9. Makan kepala Ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan , terutama Otak dan pipinya mempunyai kandungan Asid yang tinggi
  10. Memakan sisa Orang lain atau binatang, Tidak baek untuk Otak
  11. Memakan makanan Basi tidak baek untuk kesihatan
  12. Makan makanan yang datang dari sumber yang haram akan membutakan hati drpd menerima hidayat ALLAH SWT

MINUM ARAK
Minuman yang memabukkan seperti Arak, Tuak, Samsu dan sebgainya boleh merosakkan otak;;;;;
  1. Arak Boleh....
  2. Melemahkan akal dan daya berfikir
  3. Mengurangkan daya Imbangan
  4. Menyekat peraliran darah
  5. Melemahkan tenaga dan tubuh badan 
kesan arak dari segi PSIKOLOGI PULA

  1.  Menghadapi masalah atau sakit jiwa
  2. Fikiran tidak mampu menyelesaikan Masalah
  3. Mengambil jalan singkat untuk selesaikan masalah
  4. Fikiran lemah untuk menilai mana yang buruk dan mana yang baek

0 comments:

Post a Comment