Sunday, October 24, 2010

ROSAK AKHLAK PUNCA ROSAK AKAL

  • Berkawan dengan kaum berlainan jenis (bukan Mahram) , dari ini bermaksud jaga batas pergaulan wanita dan lelaki. Keadaan ini mengganggu tumpuan akal seseorang terhadap pelajaran atau kerjaya dan boleh membawa kepada berlakunya pergaulan bebas, maksiat dan akhirnya zina
    .
  • Banyak menghadapi perkara ekstrem yang mendukakan seperti terlalu takut atau bimbang dengan ketetapan ALLAH SWT
  • Melakukan perbuatan maksiat atau larangan ALLAH seperti berzina (berzina mata), menderhakai ibu bapa, meninggalkan solat, mencuri dan sebagainya.
  • Melihat sesuatu yang ditegah seperti melihat aurat orang lain malah aurat sendiri tanpa sebab, mengintai (peeping tom) atau lebih biasa 'SKODENG', melihat gambar2 lucah, melihat najis ketika membuang air besar atau melihat benda2 yang menjijikkan dan sebagainya.
  • Mendengar nyanyian yang melalaikan serta terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan
  • Membiarkan kutu di kepala tidak dibuang
  • Sering melihat sesuatu yang berkeadaan tetap atau Beku seperti patung, berhala, air tenang, dan sebagainya (termenung)
  • Banyak tidur di waktu siang

Thursday, October 21, 2010

MELAHIRKAN ANAK YANG KUAT BERFIKIR

Setelah membaca buku 'Rahsia Minda Hebat' ini,,Saye rase , Bab yang saye tidak sangka2 ade ialah bab ini.
Bismillahirrahmanirrahim....

Anak2 ialah makhluk yang kaya dengan rasa ingin tahu. Mereka membuat eksplorasi, bertanya, berfikir, dan akhirnya mereka belajar. Secara teori, semua ibu bapa menggalakkan sikap ingin tahu kanak2, Ini kerana jika kita menghalang proses ingin tahu kanak2 tersebut samalah juga kita menghalangnya untuk berfikir baik buruk.
Lihatlah dunia dari kaca mata anak anda. Dengan manjawab soalan anak2, anda menunjukkan rasa hormat terhadap mereka.

PROSES PEMBELAJARAN ANAK2

RASA INGIN TAHU          menghasilkan            EKSPLORASI
EKSPLORASI                    menghasilkan             PENEMUAN
PENEMUAN                      menghasilkan             KESERONOKAN
KESERONOKAN              menghasilkan            PENGULANGAN
PENGULANGAN               menghasilkan            KECEKAPAN
KECEKAPAN                     menghasilkan             KEBOLEHAN BARU
KEBOLEHAN BARU         menghasilkan             KEYAKINAN
KEYAKINAN                     menghasilkan              NILAI DIRI
NILAI DIRI                         menghasilkan              RASA SELAMAT
RASA SELAMAT               menghasilkan              LEBIH PENEMUAN

APA YANG ANDA TAHU PASAL DAGING YANG ANDA MAKAN????

ASSALAMUALIAKUM....BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM  

Banyak daging yang telah kita makan seumur idup kite ini... Tapi. setiap daging ada kebaikannya dan keburukannya yang tersendiri.

DAGING LEMBU



Daging mempunyai protein yang berguna untuk tumbesaran tubuh badan. Makan daging boleh menguatkan badan terutama untuk beribadah. Terlalu kerap makan daging akan menambah Nafsu syahwat. Semolek-moleknya, makanlah daging 2 atau 3 kali seminggu.



Apabila makan, jangan memotong daging dengan pisau di atas pinggan kerana itu cara makan orang bukan Islam. Sebaliknya siatkan dengan jejari kerana ia rasa lebih enak. Bahan enzim pada jejari akan membantu menghadamkan daging ketika masuk ke dalam perut.


DAGING UNTA

 Bertindak sebagai Tonik untuk penyakit-penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah (daging unta panggang bermadu), ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru, lelah, batuk berkahak (balgham), sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sekit kuning dan bengkak hati.


DAGING ARNAB

Mengatasi masalah penyakit hati, peparu, lemah jantung, hilang daya ingatan, dan lemah tenaga batin. 
"Saye rase tak banyak yang suke makan arnab kan?? Hehe,,






DAGING BIRI-BIRI



Daging biri-biri baik untuk menambah sel darah merah, mempercepatkan proses penghadaman, menaikkan suhu badan dan meningkatkan daya ingatan

Tuesday, October 19, 2010

TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA DALAM MENGULANGKAJI PELAJARAN

  1. Susunkan kerja2 anda yang perlu disiapkan di atas meja mengikut keutamaan
  2. Sekiranya anda perlu menyiapkan kerja2 ulangkaji dalam satu masa, mulakan dengan kerja yang paling susah
  3. Sematkan dalam minda anda bahawa anda pasti akan menyiapkan kerja itu dalam waktunya
  4. Jika anda perlu mengulang kaji di tempat lain , soooo ,, pastikan tempat tersebut mampu membuatkan anda fokus kepada sesuatu subjek tersebut
  5. Pastikan anda mengulang kaji subjek yang berat dilakukan di tempat yang senyap dan tenang
  6. Tetap duduk mengulang kaji sehingga anda menyiapkan kerja itu sepenuhnya. Jangan membiasakan diri untuk melakukan kerja separuh jalan
  7. Jika anda merasa mengantuk, rehatlah sebentar sehinggan hilang rasa mengantuk itu.Berubah tempat duduk juga boleh membuatkan anda segar
Kesemua tips ini saye ambil dari Buku Rahsia Cemerlang dalam Pelajaran keluaran TELAGA BIRU

Friday, October 15, 2010

CARA PEMAKANAN RASULALLAH

   Assalamualaikum... dalam post ini, saye ingin menerangkan bagaimana mencerdaskan minda melalui amalan pemakanan. Ilmu ini saye ambil dari buku yang sama yang bertajuk MINDA HEBAT karya DATO' SITI NOR BAHYAH DAN HAJI MUHAMMAD ZAKARIA yang dipublishkan oleh www.telagabiru.net.my......Terima Kasih


Rasulallah Saw bersabda : " Mereka yang menjaga kesihatan bakan akan beroleh umur yang panjang".

  1.  PUASA amatlah penting kerana ia adalah pengubat bermacam penyakit, Jika mampu, amalkanlah puase sunat 2 kali seminggu pade hari Isnin ngan Khamis.

  2. Makan secara beramai2 (BERJEMAAH) akan membawa berkat

  3. MAKAN DI PASAR YANG SIBUK adalah BUKAN AMALAN RASULALLAH

  4. RAHMAT TUHAN berada di tengah2 hidangan. Justeru, mulakanlah makan makanan di tepi pinggan dan diakhiri dengan bahagian tengah. Bukan dimulai dengan yang tengah.


ISTIQAMAH DALAM PEMAKANAN




  1. JANGAN MAKAN MAKANAN YANG TERLALU PANAS seperti sup yang baru diangkat dari dapur kerana tidak baik untuk lidah. Selain itu, makan makanan yang panas pada waktu malam akan menyebabkan KELUARNYA AIR LIUR BASI ketika tidur. Air liur basi berbau busuk dan hukumnya adalah NAJIS, Sebab tu kite dilarang tidur dalam Masjid....

  2. ADA JUGA PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI KESEJUKAN. Elakkan memakan makanan yang bersifat sejuk seperti SAYUR LABU, BAYAM, TIMUN dan Buah2han seperti BETIK dan JENIS TEMBIKAI atau MAKANAN yang sejuk disimpan dlm peti ais. Kalau ingin makan haruslah dimakan dalam keadaan yang biasa (tak sejuk)

  3. TANGGALKAN KASUT ketika Makan supaya sistem peredaran darah Kaki berjalan dengan lancar

  4. Makan makanan dari SEORANG YANG PEMURAH menjadi UBAT, Manakala, Makan makanan dari SEORANG YANG PENJAHAT menjadi PENYAKIT....

  5. Makan BERLEBIHAN memudhoratkan kesihatan

  6. Terlalu Banyak MAKAN DAN MINUM membuatkan HATI KURANG PEKA

     
  7. JANGAN MINUM MINUMAN YAN BERGAS

  8. Jangan makan makanan YANG HAMPIR atau TELAH BASI

  9. Jauhi makanan yang TINGGI BAHAN PERISANYA
  10. Elakkan memakan kepala Ikan... Ade pepatah Cina yang mengatakan::::::: "Ikan mula busuk dari kepala" . Pepatah ini bermaksud, sesuatu yang buruk bermula dari pemimpin atasannya.. Tapi pepatah ini menyatakan bahwa bahagian kepala ikan yang Mudah Busuk.

  11. KEJU memudahkan penghadaman


Thursday, October 14, 2010

Punca Akal Rosak (Part 1)


    Assalamualaikum, Dalam post ni saye nk terangkan faktor2 akal rosak, Saye belajar ilmu ini dari buku yang dikarang oleh Dato' Siti nor Bahyah yang dihadiahkan oleh Ibu saye.... Jadi ... Dalam post ni saye nak share sikit2 bende yang saya rase penting untuk manusia....
Anak ialah satu anugerah yang tidak dapat diganti..Semestinya ALLAH SWT sentiasa memberi dugaan kepada Hambanya, Tapi bagi saye , Salah satu dugaan yang saye paling takut terjadi kepada saye adalah kecacatan akal kepada anak saye suatu mase nanti... Semestinya semua lelaki di dunia mahukan anak .. Kan??

Antara punca kerosakan akal adalah:

KETURUNAN

+ Pertalian Darah, Seperti berkahwin dengan saudara yang hampir seperti sepupu
+ Ibu Bapa atau Datuk Nenek yang lemah akal, Ini mungkin akan melahirkan keturunan yang lemah akal juga

KESUKARAN BAYI APABILA DILAHIRKAN

+ Kesukaran mengeluarkan Bayi akan menyebabkan darah keluar dari Otak, untuk mengelak Si Ibu harus mendapat pandangan dan rawatan pakar perubatan dari awal mengandung
+ Rawatan bersalin yang tidak profesional
+ Bersalin di rumah dengan menggunakan Bidan Kampung yang tidak terlatih

KEMALANGAN

+ Hentakan pada kepala ketika terjatuh mengakibatkan otak lemah
+ Kecederaan kepala kerana tidak memakai topi keledar ketika kemalangan jalanraya

DERAAN

+ Kena pukulan yang kuat pada bahagian kepala menggunakan tangan atau benda tumpul
+ Menghantukkan Kepala anak ke Dinding atau bende2 laen
(Saya menyarankan Guru2 di Sekolah Supaya jangan Memukul kepala pelajar di kepala kerana ia bukan mencerdikkan lagi Otak Tapi Membodohkan lagi pelajar)

MAKANAN

INGAT!!! Makanan, Bau dan semua sistem deria boleh meransang Otak, So, Jika sistem deria diransang oleh benda yang baek, Maka baeklah Otak Kite...

PETUA MENJAGA MINDA MELALUI PEMAKANAN

  1.  Jangan makan makanan atau buah2 yang masam atau yang mengandungi kandungan asid yang tinggi, ini kerana jika kita makan makanan yang masa secara berlebihan, Kita akan mudah terkena penyakit Lupa...
  2. Memakan Bawang Besar juga boleh menyebabkan penyakit lupa
  3. Ketagihan Candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan otak
  4.  Makan terlalu banyak dan menyebabkan kekenyangan boleh menggelapkan Otak
  5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, limpa, dan lain2 boleh menyebabkan lupa
  6. Memakan Makanan yang dijual di pasar atau di pinggir jalanraya yang sibuk atau kotor boleh mempengaruhi perkembangan otak. Sabda Nabi:" Makan di pasar (termasuk satu kerendahan"
  7. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti MSG dan pengawet tidak baek untuk Otak
  8. Minuman bergas tidak baek untuk kesihatan
  9. Makan kepala Ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan , terutama Otak dan pipinya mempunyai kandungan Asid yang tinggi
  10. Memakan sisa Orang lain atau binatang, Tidak baek untuk Otak
  11. Memakan makanan Basi tidak baek untuk kesihatan
  12. Makan makanan yang datang dari sumber yang haram akan membutakan hati drpd menerima hidayat ALLAH SWT

MINUM ARAK
Minuman yang memabukkan seperti Arak, Tuak, Samsu dan sebgainya boleh merosakkan otak;;;;;
  1. Arak Boleh....
  2. Melemahkan akal dan daya berfikir
  3. Mengurangkan daya Imbangan
  4. Menyekat peraliran darah
  5. Melemahkan tenaga dan tubuh badan 
kesan arak dari segi PSIKOLOGI PULA

  1.  Menghadapi masalah atau sakit jiwa
  2. Fikiran tidak mampu menyelesaikan Masalah
  3. Mengambil jalan singkat untuk selesaikan masalah
  4. Fikiran lemah untuk menilai mana yang buruk dan mana yang baek

Kebaikan Madu Lebah


 Assalamualaikum....

     Madu ni memang selalu kite jupe di mane2, samada dalam botol dan ditutup dengan plastik. Mahupun madu yang dalam bekas yang cantik.
Tapi... Tau dok... Lebah mengandungi Khasiat yang tinggi!!!

Madu mengandungi Vitamin A, C, E, K dan B-Kompleks...

Madu juge mempunyai banyak keistimewaan... antaranye....

- Mencerdikkan minda

-Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan

- Memulihkan tenage yang telah banyak hilang samada waktu sukan ataupon waktu      
 melakukan kerje2 berat

- Walaupun ade gule, tapi tidak menjejaskan buah pinggang

- Melawaskan pembuangan toksik hitam dalam badan...hehehehe

- Menjaga jantung dan menjauhkan kesejukan dari dada

Cara2 makan madu lebah

-Dimakan terus

-Dicampur dengan minuman..

-Disapu pada makanan laen seperti roti,,, Ubi pon buleh


Madu juge berperanan untuk menghilangkan lendir atau kohok(kahak) dalam dada.

Sooooooo... Ingat la,,, beng makan kelat saje...Makan madu lebih baek, Sebab...

Dalam tib al-nabawi....Hadis Nabi dipetik yang berkata...

" Hendaklah kamu sentiasa berubat dengan dua jenis penyembuh, iaitu Madu Lebah dan Al Quran"

Soooo ,,, Ingatlah... Makan lebah selalu...Eh, Makan madu lebah selalu.....  :D