Monday, November 15, 2010

CERITA BETUL FACEBOOK


BAB1

LAMAN WEB KONTROVERSI

Mark Zuckerberg
Majalah Forbes


   Mark Zuckerberg, pengasas FACEBOOK adalah anak muda yang menguruskan syarikat Gergasi. Sewaktu berusia 24 tahun, Zuckerberg disenaraikan sebagai jutawan termuda oleh Majalah Forbes dengan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah USD1.5 Juta


Zuckerberg mula menempa kejayaan dari saat beliau mencipta laman web FACEBOOK yang kini menjadi laman Web keenam paling ramai dikunjungi. Laman web ini dirancang secara serdehana, mudah digunakan dan yang paling penting, mempunyai elemen seduktif. Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login untuk melihat profil rakan-rakan mereka dan membuat posting maklumat diri mereka sendiri seperti nombor telefon, data peribadi dan sebagainya.






                                                                                                         
Universiti Harvard

Zuckerberg dan para pekerjanya bertungkus-lumus seharian bagi menjejaki data pengguna yang berpotensi mengiklankan diri mereka di laman web FACEBOOK. Bilangan pengguna yang mencecah anggaran 150000 orang sehari menjadikan Zuckerberg menerima jolokan generasi Bill Gates, seorang tokoh teknologi maklumat yang juga drop-out dari Harvard. Kedua-dua mereka mengubah cara hidup masyarakat dan kini hidup mereka dilimpahi kemewahan dan kekuasaan.  

"Mark Zuckerberg boleh dikatakan sbg Bill Gates yang ke-2", Kata bekas Presiden Harvard, Lawrence   Summers.    

   Malah, Mark Zuckerberg juga sama seperti Bill Gates pada awal pembangunan kariernya, yang dituduh mencuri idea bisnes daripada pihak lain.              
Bill Gates


    Dalam satu tuntutan mahkamah, salah seorang hakim menyifatkan kes ini sebagai 'Pertikaian Sedarah'.
Tiga mahasiswa Harvard mendakwa Zuckerberg mencuri idea mereka selepas mengupah Zuckerberg untuk mencipta laman sosial networking untuk mereka. Ketika memberikan kenyataan, salah seorang daripada mahasiswa itu, Divya Nerendra mengatakan bahawa mereka ditipu secara terang-terangan.
Divya Nerendra
   
    Selain itu, Aaron Greenspan yang juga rakan sekelas Zuckerberg, turut mengumpulkan petisyen bagi mendapatkan hak tanda dagang (copyright)  FACEBOOK. Greenspan juga mendakwa yang beliau adalah pencipta laman web FACEBOOK secara dalam talian atau Online beberapa bulan sebelum Zuckerberg memulakannya. Greenspan mengukuhkan dakwaannya dengan ratusan e-mel bukti bahawa dia ada berhubung dengan Zuckerberg. Dalam autobiografinya, Greenspan turut menyatakan Zuckerberg sebagai seorang yang Naif, berbeza dengan karakter Bill Gates yang Bijak, suka bersaing dan bercita-cita tinggi.


Aaron Greenspan

0 comments:

Post a Comment